PRODUK & PERKHIDMATAN KOPERASI
BIMBINGAN DAN LATIHAN KEUSAHAWANAN DI TELEFON PINTAR (PERNIAGAAN BANTUAN TEKNOLOGI KEPINTARAN BUATAN (A.I) & PEMASARAN ONLINE TERKINI)
“Membina Perniagaan Di Telefon Pintar Anda” adalah satu keperluan wajib untuk perniagaan mencapai kejayaan. Kami bukan saja menyediakan perkhidmatan Membina Perniagaan Di Telefon Pintar Anda tetapi membimbing anda cara membinanya. Jika tidak ianya seperti membeli kereta tanpa pemandu. Maka kami sediakan Perniagaan Di Telefon Pintar Anda berserta latihan untuk membimbing dan memandu anda ke arah kejayaan perniagaan atas talian. Rezeki Anda di Atas Awan Menanti. Sertai Kami untuk Mula Membina dan Mencapai Kejayaan Anda Hari Ini!
PINJAMAN FAEDAH RENDAH
Produk pinjaman mudah dengan kadar faedah yang sangat rendah bermula dari 3.8% dikhususkan kepada anggota koperasi yang telah menjadi anggota lebih dari 5 tahun. Bekerja kerajaan atau badan berkanun negeri Sabah dan bertubuh sihat.
MEMPROMOSI PRODUK ANGGOTA KE SELURUH MALAYSIA
Koperasi menyediakan platform laman web e-dagang kepada anggota yang memiliki produk untuk dipasarkan bukan sahaja di Borneo tetapi sehingga ke Semenanjung Malaysia. Juga telah ada inisiatif memasarkan ke negeri Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan.